Sejarah Penubuhan

          Tahsin memulakan aktiviti sebagai pusat tuisyen UPSR, PMR, SPM dan Kelas Membaca Al-Quran. Pada 31 Julai 2008, Tahsin Tilawah Bestari Enterprise telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pusat pendidikan persendirian. 

         Menawarkan perkhidmatan :-

·                       Kelas bimbingan Al-Quran
·                       Kelas Tahsin Al-Quran
·                       Kelas Talaqqi Musyafahah
·                       Kelas Tajwid Al-Quran
·                       Kelas Hafaz Al-Quran
·                       Kelas Tarannum Al-Quran
·                       Kursus dan seminar berkaitan dengan Al-Quran
·                       Kelas Bahasa Al-Quran
bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan kaedah Aqrab Tilawah Bestari.


2.4           Dengan bantuan seramai 6 orang tenaga pengajar, Tahsin Tilawah Bestari terus mengorak langkah bersama misi dan visi yang jelas untuk membantu masyarakat menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup disamping memperbaiki cara bacaan mereka.

2.5           Tahsin kini beroperasi sepenuhnya di :-
a)  Dewan Serbaguna, Desa Saujana, Sungai Merab Dalam.
b)  Seksyen 2, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan.


2.6           Sehingga Julai 2009, Tahsin Tilawah Bestari mempunyai pelajar seramai 140 orang, yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.


   Objektif

§     Melahirkan pelajar yang dapat memahami ilmu Tajwid dan mempraktikkan dalam bacaan Al-Quran.
§     Melahirkan pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan baik (Tahsin Tilawah Al-Quran)
§     Melahirkan pelajar yang khatam Al-Quran secara Talaqqi Musyafahah (Tasmik dengan guru)
§     Melahirkan pelajar yang memahami maksud ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran
§     Melahirkan pelajar yang boleh menghafaz ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran
§     Melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan doa-doa tertentu dalam Al-Quran.
§     Melahirkan pelajar yang mampu menjadi guru Al-Quran dengan cemerlang


Misi & Visi

Ø    Meningkatkan minat di kalangan anak-anak untuk mempelajari Al-Quran dengan sokongan dan dorongan daripada pihak ibu dan bapa.
Ø    Melahirkan generasi umat Islam yang mampu membaca Al-Quran dengan bacaan yang baik dan betul.
Ø    Membentuk budaya dan akhlak anak-anak dan remaja Islam dengan budaya dan akhlak Al-Quran.
Ø    Meninggikan martabat Al-Quran dan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya bacaan Al-Quran dalam membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Ø    Melahirkan generasi Al-Quran yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran disamping bacaan yang betul dan baik seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan seharian